Lawati FB SMKTLawati FB Kami

AKTIVITI KOKURIKULUM - MAC 2018

User Rating:  / 0
PoorBest 

 MAC 2018 :

PERKHEMAHAN PERDANA UNGGUN 9


SMK TEMERLOH , 30-31 MAC ; Perkhemahan Unggun 9 telah diadakan di tapak perkhemahan SMK Temerloh. Perkhemahan ini merupakan aktiviti tahunan yang  disertai oleh 11 unit uniform iaitu Pengakap, Kadet Polis, Kadet Remaja sekolah,Kadet Pertahanan Awam, PKBM, PBSM, Kadet Bomba, Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Puteri Islam, Pencak Silat dan Taekwando. Perkhemahan ini boleh disertai oleh semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5, manakala pelajar tingkatan 6 akan menjadi fasilitator/pembantu guru bagi melancarkan semua aktiviti sepanjang perkhemahan ini diadakan. 

Pelbagai aktiviti atau pertandingan telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

1. Pertandingan hiasan khemah

2. Pertandingan membina gajet

3. Pertandingan ikhtiar hidup 

4. Pertandingan pakaian uniform lengkap /perbarisan

5. Pertandingan malam kebudayaan

6. Aktiviti pertolongan cemas 

7. Aktiviti ikatan dan simpulan oleh Unit JPAM Temerloh

Objektif perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan, melahirkan murid yang berdisiplin, bertanggungjawab, menepati masa dan belajar menjadi pemimpin dalam melaksanakan program. Diharapkan supaya perkhemahan seperti ini dapat diteruskan dan disertai lebih ramai murid bagi melahirkan murid yang serba boleh dan berwawasan. -MAJU TERUS MARA-

 

 PASUKAN KADET BOMBA

 PERSATUAN PUTERI ISLAM

 PASUKAN PENGAKAP - NAIB JOHAN UNTUK PERTANDINGAN MENGHIAS KHEMAH DAN MEMBINA GAJET 

 PERTANDINGAN IKHTIAR HIDUP _MENU MASAKAN BERUNSURKAN HERBA, ULAM-ULAMAN

 AKTIVITI IKATAN DAN SIMPUALAN OLEH JPAM TEMERLOH

 SESI PERTOLONGAN CEMAS MENGIKAT ANDUH

       BARISAN GURU UNGGUN IKHTIAR HIDUP

 

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TEMERLOH 2018

TARIKH : 12-15 Mac 2018

TEMPAT : Sekolah Sukan Pahang, Seberang Temerloh

PENCAPAIAN : 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa

SUKAN/PERMAIAN : Kelab Olahraga

GURU PENASIHAT : En. Abdul Rahman, En, Arbain, Pn. Fatimah dan Pn. Rajwana

PENYERTAAN : 55 orang murid (acara balapan dan acara padang)

Atlet balapan sekolah yang telah menyumbang pingat emas pada kejohanan ini ialah Muhammad Hafizan bin Ariffin (5 Jupiter) dan Norsyahirah binti Sammuero (5 Jupiter)


PEMENANG PINGAT EMAS DALAM ACARA BALAPAN

Pihak sekolah juga telah dilantik oleh pihak pengurusan kejohanan olahraga tahun ini sebagai jawatankuasa rekod, perangkaan, dan keputusan olahraga MSSDT/2018. Kepakaran guru-guru dalam bidang teknologi telah memberikan kaedah terbaru untuk memaparkan pungutan pingat secara terus di skrin television, membuat perangkaan pertandingan dan mengumpulkan rekod dengan lebih sistematik dan cekap.


 JAWATAN KUASA REKOD, PERANGKAAN DAN KEPUTUSAN OLAHRAGA MSSDT 2018

 

 MTQ & FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH TEMERLOH 2018

SMK TEMERLOH JAYA, 07 MAC ; Saudara Muhammad Al-haziq Shahiran bin Mohd Shahari dan saudari Diana Assyafiqah binti Miasin telah mewakili SMKT sebagai peserta syarahan dan hafazan dalam Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Daerah Temerloh 2018.

Mutiara kita ini telah mendapat sentuhan daripada Ustazah Madiha bt Mustafar dan Ustazah Naemah bt Ibrahim untuk berjaya ke peringkat lebih tinggi. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi kedua-dua wakil sekolah kita kerana tidak berjaya memenangi sebarang tempat utama dan cuma mendapat sijil penyertaan sahaja. Tahniah dan teruskan usaha untuk terus berjaya pada masa akan datang. -Usaha Tangga Kejayaan-


Saudari Diana & Saudari Al-Haziq bersama mentor Ustazah Naemah 

 

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2018

SMK TEMERLOH, 01 MAC 2018 ; Acara wajib setiap tahun bagi SMK Temerloh yang diadakan untuk melahirkan murid-murid yang sihat, cergas dan berdaya saing untuk merebut gelaran juara dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingan selepas aktiviti sukan tara pada bulan Januari yang lalu. Kejohanan sukan tahunan kali ini telah dijuarai oleh Rumah Temenggung (Merah), naib johan disandang oleh Rumah Bendahara (Kuning), tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Laksamana (Biru) dan tempat keempat Rumah Syahbandar (Hijau).

Sebelum acara sukan tahunan sekolah dijalankan, aktiviti sukan tara dan sukan awalan akan dilaksanakan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dalam empat acara sukan tara iaitu acara lontar peluru, acara lompat jauh, acara lompat tinggi dan acara larian 100m. Setiap penglibatan murid akan dikira markah untuk rumah sukan masing-masing.

Sukan awalan pula dilaksanakan bagi mencari gelaran juara dalam kalangan murid yang berjaya ke peringkat separuh akhir dalam keempat-empat acara sukan tara. Setiap rumah sukan perlu menghantar dua orang wakil bagi setiap kategori untuk menyertai sukan awalan. Semangat yang jitu dan daya saing yang tinggi telah melahirkan ramai atlet olahraga dan atlet acara padang yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga MSSDT tahun 2018. 


 JOHAN SUKAN TAHUNAN 2018 _ RUMAH TEMENGGONG


NAIB JOHAN SUKAN TAHUNAN_RUMAH BENDAHARA


 TEMPAT KETIGA SUKAN TAHUNAN_RUMAH LAKSAMANA


TEMPAT KEEMPAT SUKAN TAHUNAN_RUMAH SYAHBANDAR

 ACARA BALAPAN 100M LELAKI C

 

Last Updated on Tuesday, 30 October 2018 00:25

SENARAI ALUMNI TERDAFTAR

Hubungi Kami

Login Editor

Login Editor Berdaftar Sahaja.



Mengubahsuai artikel

Editor Web

    

    

   

  

Code Kami

 

Pautan

  

    

Free business joomla templates